Followers

Sunday, August 7, 2011

Pertunangan Tanpa Ibu Bapa

"Wahai, Cik Aisyah .. kekasih hati saya . Sudikah awak menjadi teman hidupku ? ", kata Mr yeah .

"Ohhh.. abang Ayul ku, saya setuju laaa sangat-sangat", kata Cik Aisyah .

okeh, dialog yang agak meloyakan dan mengembangkan anak tekak setiap insan di muka bumi ini . mungkin ! errrrkkk... dialog itu hanyalah rekaan pengarang semata-mata .
melalui perbualan tersebut,
dapatlah dsimpulkan bahwa  mereka sudah pun BERTUNANG . dan kepada jejaka plus wanita di luar sana , sila jangan usik budak dua orang neh . haram kacau tunangan orang eaaa... hehehehe . 

ahaaaaaaa... bertunang tanpa ibu bapa, tanpa majlis . adakah dikira bertunang ?? apa sebenarnya konsep peminangan dalam islam neh sebenarnya yaa ?? adakah bertunang perlu ada majlis ? perlu ada cincin ? perlu ada kek-kek, buah-buah, kasut-kasut yang dibungkus seakan-akan hamper sambil dimeriahkan lagi dengan riben (hantaran) ke ? then, kalau putus kene ganti balik . ada yang sampai 2 kali ganda pulak itu .

*that was my previous thought (pikiran purba . keliru antara adat dan syariat)
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Yang suaminya telah meninggal dan masih dalam 'iddah.  Wanita yang boleh dipinang secara sindiran ialah wanita yang dalam 'iddah karena meninggal suaminya, atau karena talak bain, sedang wanita yang dalam 'iddah talak raji'i tidak boleh dipinang walaupun dengan sindiran. Perkataan sindiran yang baik.  (QS. 2:235) 
kesimpulan dari ayat tersebut, tunang hukumnya sunat . lets move to the definition .




Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan , (Prof Syariah Universiti Islam Muhammad Ibn Sa'ud, Riyadh)
pertunangan adalah meminta kebenaran untuk berkahwin dan persediaan awal ke arah perkahwinan  . hanya meminta kebenaran ? it means, kenduri plus hantaran hanyalah amalan bagi sesetengah masyarakat . tetapi, beliau keras berpendapat cincin yg dihadiahkan sempena pertunangan merupakan bid'ah krn ia merupakan amalan Kristian .
sarung cincin ketika bertunang hanyalah bertujuan untuk memberi tanda yang si gadis tu sudah berpunya . thats why kita panggil cincin tanda . so, secara teorinya lelaki lain tahu yang gadis ini telah bertunang lantas tidak lagi mengharapkan cinta gadis tersebut, kesiannn.... rasanya kalau tujuannya begini, maka tak salah bukan dalam perpekstif islam ? tapi yang menjadi salah adalah fikiran orang tua-tua ; yang mengaanggap  membuka cincin yang di sarung itu adalah tidak baik , (bad omen) .

Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen wa Jeem lil mar'atil muslimah menyatakan pertunangan itu hanyalah perjanjian utk berkahwin dan tidak semestinya berkahwin dan harus kedua belah pihak utk memutuskannya. Sebrg hadiah yg diberikan ketika pertunangan itu hanyalah sekadar hadiah dan tidak terdapat sebarang nas mengenai hak harta yg mereka berikan antara satu dengan yg lain.


errrmmm.. bab pemulangan hadiah neh, kita bincang dekat point yang terakhir . (keep reading dear..)

in addition, Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah menjelaskan pertunangan itu tidak menghalang apa-apa pun melainkan mencegah pihak lain meminang gadis itu. 
Rasulullah saw bersabda, "Jangan ada di antara kalian yang melamar wanita yang telah dilamar saudaranya."
[Hadis muttafaqqun 'alaih] 
okeh, dari hadis tersebut kita dapat tahu yang haram bagi kita meminang tunangan orang . before anda meng-'usha' gadis di luar sana tu, tanyalah dulu anda sudah berpunyakah (bertunang) . tapi adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya kamu tak tahu yang si dia sudah bertunang . yang tak available kat luar sana tu jangan nak mengaku single available pulak . saya selalu dengar fikiran sesetengah muda-mudi dekat luar tu, even dah kawin pun boleh cerai .. inikan yang bertunang . ingat ! haram rampas tunangan orang .


berbalik kepada tajuk, bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa . memanglah dari pertunangan itu maksudnya meminta kebenaran untuk berkahwin atau pun lebih mudah lamaran termasuklah secara bersendirian (tanpa kewujudan pihak lain)  .
Mr XX : Sudikah kamu menjadi isteriku ?
Cik Peeka : Setuju2~ (angguk-angguk kepala plus blushing)


Mr XX melamar saya, dan saya setuju . it means, saya dah berjanji nak kahwin dengan Mr XX . berdosa bagi saya untuk melanggar janji tersebut, kecuali dengan sebab yang dibenarkan syara' . contoh, Mr XX ada talesemia or HIV +ve (ohhh.. simpang) . dari situasi neh, saya merupakan tunangan Mr XX, tapi adakah ianya memadai ? bukankah untuk berkahwin nanti saya memerlukan wali, yakni ayah saya ? bagaimana, sekiranya ada lelaki lain yang meminang saya dalam masa yang sama . Ayah saya ada hak untuk menerima atau menolak pinangan tersebut . so, dekat sini pada pendapat saya bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa itu adalah satu tindakan yang tak wajar dan patut dielakkan .


Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri,
 "Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya..." 
rasa memadailah sekiranya, selepas Mr XX melamar saya dia harus berjumpa dengan  ibu bapa saya tentang hajat dia untuk mengahwini saya muehehehehe.. perjumpaan keluarga antara dua belah pihak pula hanyalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim . saya rasa tak perlulah buat majlis bertunang sampai bertukar-tukar hantaran dengan kata nama lain hadiah . tapi kalau nak buat pun, tak salah selagi ianya tak bertentangan dengan syara' . saya suka hadiah !


since nama dia hadiah (hantaran yang kita letak dalam dulang) adalah tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kita tidak memulangkan hadiah tersebut . kalau camtu saya nak tunang then, putuskan ! waahhh... kalau die bagi hadiah 5 ribu ringgit ? then, tak jadi kahwin pulak .. untung saya, tak payah ganti . tapi Mr XX ? rugi-rugi . malu pun ada jugak cuz tak jadi kahwin . terutama yang buat majlis pertunangan, abes satu kampung tahu . konteks pertunangan dalam sesetengah masyarakat melayu ini ialah semasa majlis pertunangan tu, dua pihak berbincang tarikh perkahwinan . dalam tempoh antara bertunang dan berkahwin tu ada yang bagi duit persiapan untuk kahwin nanti . betulkah ? .  lepas tu bagi cincin tanda, ada yang sampai beli beribu-beribu ringgit . so, duit tu burn ke ? sape suruh buat macam tu ? hehehehe..


mungkin daripada kes-kes ini, maka lahirlah enakmen kat bawah neh ,


ENAKMEN 7 TAHUN 1983 ( ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983 )
Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

okeh, kesimpulan yg boleh dibuat .
Pertama, hanya dengan ayat lamaran seorang lelaki kepada seorang wanita (bermaksud untuk mengahwini bukan berfoya-foya) sama ada sesama mereka atau  ada pihak lain yang menyaksikan maka terikatlah mereka (bukan berkahwin) atau pun dengan kata lain, telah bertunang . errrrkkk.. tidak bermakna anda yang dah bertunang neh boleh melakukan perkara di luar batasan !
Kedua, jangan merahsiakan pertunangan tanpa pengetahuan ibu bapa . rasanya lebih elok, kalau anda berjumpa dengan kedua ibu bapa gadis itu .
okeh, itu sahaja

No comments:

~Magical~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...